- Advertisement -
KUIH LAPIS ROTI
Bahan-bahan:
- 5 keping roti sandwich
- 1/2 cwn gula
- 2 cwn air suam
- 1 cwn santan
- 3/4 cwn tepung beras
- 1/4 cwn tepung jagung/Ubi
- 1 biji telur
- Secubit garam
- 1 sudu teh esen vanilla
- Warna yang disukai
Bancuh santan bersama air suam, masukkan gula dan garam. Carik roti dan masukkan ke dalam bancuhan santan. Biar terendam selama 10-15 minit.
Ayak kedua-dua tepung masukkan ke dalam bancuhan roti tadi. Masukkan dalam blender dan kisar hingga halus. Masukkan esen vanilla. Bahagikan beberapa bahagian dan warnakan mengikut citarasa sendiri.
Sapu minyak pada acuan dan kukuslah satu lapis demi satu lapis.
Source
FREE SHIPPING 🚚 https://shopee.khairulamingfc.com/PERCUMA
KEMPEN IKLAN