Kuih Lapis Pelangi
Sumber : Majalah RASA
Bahan-bahan
240 gm tepung beras
120 gm tepung gandum
240 gm gula kaster
200 ml santan pekat
1 liter air
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak masak
1 sudu teh pewarna merah
1 sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh pewarna merah
1 sudu teh pewarna biru
1 sudu teh pewarna hijau
1 sudu teh pewarna ungu
Loyang 8x8in - di gris dan di alas plastik
Cara-cara :
1. Masukkan gula, santan, tepung beras, tepung gandum, minyak, garam dan sedikit air ke dalam pengisar.
2. Kisar semua bahan sehingga tidak berketul dan adunan rata.
3. Keluarkan adunan dari pengisar dan masukkan ke dalam mangkuk. Tambahkan sedikit lagi air dan kacau sebati.
4. Bahagikan adunan kepada tujuh bahagian dan diwarnakan setiap satunya.
5. Sediakan kukusan dan kukus lapisan pertama, adunan asal selama lima minit diikuti adunan berwarna untuk lapisan kedua dan seterusnya.
6. Apabila masak, angkat dan sejukkan seketika sebelum dipotong.
 Kuih Lapis Pelangi