Kuih Lapis Coklat Pandan
oleh Kak Wan
Bahan A
270gm tepung beras
200gm tepung ubi
30gm tepung jagung
1/2 sudu teh garam
400ml santan KARA
250ml air
Bahan B
300gm gula pasir
500ml air
4 helai daun pandan
Bahan C - Pes Coklat
1 sudu besar serbuk koko (larutkan dgn sedikit air) +
1 sudu kecil coklat emulco
Bahan D - Pes Pandan
50ml jus pandan + pewarna hijau secukupnya
Loyang 8 x 8 in - di alas plastik dan di gris
Cara-cara :
1. Satukan bahan A, gaul rata dan ketepikan.
2. Masak bahan B hingga mendidih, tuang ke dalam bahan A, kacau dengan cepat hingga rata. Kemudian Tapis.
3. Bahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian diletak pes coklat (C) dan satu lagi diletak pes pandan (D) dan satu bahagian warna asal.
4. Setiap bahagian pula di bahagikan kepada 3.
5. Tuang 1 bahagian warna coklat, kukus selama 5 minit. Kemudian tuang 1 bahagian warna putih, kukus selama 5 minit. Diikuti 1 bahagian warna hijau dan kukus selama 5 minit.
6. Ulangi melapis berselang warna hingga habis.
7. Untuk lapisan terakhir tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit.
8. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum di potong dengan plastic cutter.
 Kuih Lapis Coklat Pandan