Kuih Baulu Gula Melaka
oleh Kak Wan
Sumber : Â FB Lina Thomas
Bahan-bahan:
6 biji telur A
200gm gula melaka atau gula merah (di haluskan)
1 sudu kecil vanilla extract, pilihan
200g tepung kek atau tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik
Secubit garam
Acuan Baulu - menghasilkan 48 keping
Penyediaan :
1. Â Panaskan ketuhar kepada 400F / 200C (api atas bawah)
2. Â Ayak tepung, serbuk penaik dan garam dan ketepikan.
3. Â Dalam mixer, putar telur dan gula sehingga kembang dan pucat sehingga bertukar warna putih, putar kira-kira 8 minit. Kemudian masukkan ekstrak vanila (jika guna) dan terus putar untuk beberapa minit.
4. Â Masukan campuran tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kaup balikkan dengan spatula perlahan-lahan sehingga sebati. Â Masukkan adunan ke dalam jug kecil.
5. Â Sapu acuan dengan minyak (supaya bahulu tidak melekat) dan kemudian panaskan acuan di dalam ketuhar kira-kira 3 hingga 4 minit. Keluarkan acuan dari ketuhar. Tuang atau sudukan adunan ke dalam acuan hingga penuh dan bakar selama kira-kira 10 hingga 12 minit ataupun sehingga nampak kekuningan.
5. Â Angkat kuih bahulu keluar dengan lidi dan biarkan ia sejuk sepenuhnya dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Kuih Baulu Gula Melaka