Koleh Ubi Keledek Ungu
oleh Kak Wan
Sumber : Dari Dapur Kak Yah
Bahannya
500 gm ubi keledek ungu
500 ml santan (santan pekat campur air)
1 cawan gula
1 cawan tepung beras
1 biji telur
Sedikit garam
2 helai daun pandan
1 sudu besar minyak masak
Loyang 6 x 6 dialas dengan plastik
Cara-cara :
1. Rebus ubi dengan garam sehingga empuk dan tinggal sedikit airnya. Lenyek bersama saki baki air yang sedikit itu.
2. Masak santan, gula dan daun pandan hingga naik wap saja. Sejukkan sebentar dan keluarkan daun pandan.
3. Satukan santan bersama tepung beras, minyak masak dan ubi tadi ke dalam periuk tebal atau kuali tembaga. Kacau atas api perlahan sehingga pekat dan berkilat dan tidak melekat di tepi kuali.
4. Tuang ke dalam loyang tadi, ratakan. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam. Sedia untuk dipotong.
Nota : Ubi keledek boleh diganti dengan ubi badak ungu, keledek oren atau ubi keladi.
Koleh Ubi Keledek Ungu