26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 3, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Kek Rose Laychee

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Kek Rose Laychee

    oleh Kak Wan

    Bahan Sponge Cake :
    250 gm Tepung sponge mix
    60 ml sirap laychee
    5 biji telur B

    Beberapa titis pewarna pink
    60 ml minyak jagung / mentega cair

    Loyang 7 atau 8 in, alas kertas minyak

    Penyediaan Kek Sponge :

    1. Satukan semua bahan kecuali minyak.
    2. Putar dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.
    3. Masuk minyak, putar dengan kelajuan perlahan.
    4. Kaup balik hingga rata.
    5. Tuang dalam 2 loyang (7 inci) sama banyak.
    6. Oven pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga masak..
    7. Terbalikkan kek selepas dikeluarkan dari oven.
    8. Selepas 10 minit terbalikkan ke atas.
    9. Simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit untuk memudahkan potongan.
    10. Potong setiap kek kepada 2 kepingan. (4 layer).

    Bahan Sirap Laychee 
    1 tin Laychee, asingkan sirap dan buah
    30 gm gula 
    1/2 sudu besar tepung jagung

    Penyediaan Sirap Laychee :

    1. Satukan sirap laychee, gula dan tepung jagung.
    2. Masak dengan api perlahan hingga hampir pekat.
    3. Ketepikan 2 sudu besar* untuk di masuk ke dalam krim laici.

    Krim Laychee :

    400 ml Non Dairy Whipping Cream 

    2 sudu besar sirap laychee *

    Beberapa titis pewarna pink
    2 sudu kecil gelatin HALAGEL

    1 sudu besar air

    Buah Laychee, di carik halus

    Kacang Pistachios panggang, cincang kasar

    MENARIK:  gandum, ubi, gula, santan, pandan, garam

    Kelopak rose kering untuk hiasan

    Penyediaan Krim Laychee :

    1. Larutkan gelatin dalam air, biar 5 min hingga kembang.
    2. Microware atau double boil hingga cair.  Ketepikan.
    3. Putar whipping cream dan sirap laychee hampir kembang.
    4. Masukkan gelatin dan pewarna pink.
    5. Putar lagi hingga kembang dan kental.
    6. Masuk ke dalam piping bag.

    Penyediaan Lapisan Kek

    1. Ambil sekeping kek, sapu dengan sirap laici hingga rata.
    2. Picit tipis krim laici dan ratakan dengan spatula.
    3. Tabur carikan buah laychee dan pistachious.
    4. Kemudian picit lagi krim laici hingga menutupi buah.
    5. Ulangi lapisan kek hingga habis.
    6. Salut semua kek dengan krim dan simpan dalam peti sejuk.
    7. Hias dengan kelopak rose kering dan pistachios.

    Kek Rose Laychee

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.