Kek Puding Karamel / Caramel Pudding Cake
oleh Kak Wan
Bahan Karamel / Gula Hangus
4 sudu besar gula pasir
Tabur gula pasir merata ke dalam loyang 9x9in, panaskan dengan api kecil hingga gula menjadi karamel, apabila gula menjadi karamel, ratakan ke seluruh loyang dengan mengoyangkan loyang ke kiri dan kanan tanpa mengacaunya menggunakan senduk atau sudu . Ketepikan.
Satukan semua bahan dan whisk perlahan hingga sebati. Tapis ke dalam loyang berisi karamel tadi. Ketepikan.
Penyediaan :
- Bahan A : Pukul telur kuning, air, minyak dan gula hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak bersama dengan baking powder tadi sedikit demi sedikit. Putar perlahan hingga bergaul rata.
- Bahan B : Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan gula dan cream of tartar. Pukul hingga adunan tidak menitis apabila bekas diterbalikkan.
- Masukkan bahan B sedikit demi sedikit ke dalam adunan A, kaup balik dengan spatula hingga sebati
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, masukkan ke dalam bekas dan letak pewarna dan perisa yang di sukai.
- Ambil 3 sudu besar adunan berwarna dan tuang ke atas karamel di dalam loyang tadi. Adunan kek akan terapung diatas permukaan kastard. Goyangkan sedikit adunan dengan sudu supaya merata. Kemudian, ikuti dengan 3 sudu besar adunan berwarna yang lain, Ulangi berselang seli adunan hingga habis.
- Panaskan oven pada suhu 180c selama 10 minit. Letak loyang berisi kek ke dalam satu lagi loyang lebih besar yang di isi air panas. Bakar dengan kaedah double boiler selama 40minit pertama menggunakan api bawah sahaja. Tukar kepada api atas dan bawah dan bakar selamat 15minit lagi hingga masak.
Biarkan kek sejuk dahulu, kemudian terbalikkan perlahan2 dengan lapisan karamel berada di atas. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidang.
- Kek Puding Karamel / Caramel Pudding Cake