Kek Oren / Orange Cake
oleh Kak Wan
Bahan-bahan
250 gm mentega tawar (unsalted)
1 cawan gula kaster
3 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
4 biji telur grade A
1 sudu besar jus oren sunquick / orange emulco
4 sudu besar susu cair / yogurt
1/2 cawan perahan jus oren
Loyang Bundt 10in - di gris mentega
Penyediaan :
- Ayak tepung, baking powder, baking soda dan garam. Â Ketepikan.
- Putar mentega dan gula hingga kembang dan putih.
- Masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati.
- Perlahankan mixer, masukkan oren emulco / oren sunquick.
- Satukan susu cair dan perahan jus oren.
- Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan bancuhan susu sedikit demi sedikit sehingga rata dan sebati.
- Ratakan adunan ke dalam loyang, hentak ringan supaya rata.
- Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 175C selama 40-45 minit.
- Cucuk kek dengan lidi, jika licin bolehlah di angkat.
- Biarkan kek sejuk dahulu sebelum di paip glaze dan di hias.
Glaze
1 cawan gula aising
1 sudu besar perahan jus oren
1 sudu besar susu cair
Hiasan :Â Â Parutan kulit oren
Sebatikan semua bahan glaze sehingga mendapat kepekatan yang sesuai. Â Jika pekat tambahkan sedikit lagi jus oren atau susu cair. Â Paipkan ke atas kek dan tabur parutan kulit oren.