- Advertisement -
Kek Mentega / Butter Cake
oleh Kak Wan
Bahan-bahan
250gm mentega tulin (unsalted)
220gm tepung gandum
180gm gula kaster
1/4 sudu teh garam
5 biji telur A
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla / butter vanila
Hiasan : Â Kepingan Badam
Loyang 8in di alas dan di gris
Cara-cara :
- Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih.
- Masukkan telur satu persatu sambil di pukul hingga sebati. Â Masukkan esen vanila.
- Ayak tepung, garam dan baking powder. Â Masukkan ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati.
- Masukkan ke dalam loyang, ratakan dan tabur dengan kepingan badam jika suka. Â Hentak ringan loyang supaya rata.
- Bakar pada suhu 180C selama 35 - 40 minit. Â Cucuk dengan lidi, jika keluar licin bolehkan di keluarkan dari oven.
Kek Mentega / Butter Cake
KEMPEN IKLAN