26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 20, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Kek Lapis Sisik Ikan

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale


    Kek Lapis Sisik Ikan
    oleh Kak Wan
    Resipi asal: Pn Rabiah Amit

    Bahan-bahan :
    10 biji kuning telur
    2 biji putih telur
    150 gula halus
    1 sudu makan ovelet
    110 ml air sejuk (dari peti sejuk)
    1 tin kecil serikaya - 170 gm
    100 gm horlicks
    1 sudu kecil esen vanila
    5 sudu makan susu pekat
    300 gm mentega
    200 gm tepung hongkong / superfine, ayak
    Asam manis (hawflakes)

    Loyang segi 7 x 3in, alas dasar dengan kertas baking

    Cara-cara :

    1. Satukan mentega dan susu pekat.  Pukul hingga sebati dan berkrim. Ketepikan.
    2. Dalam bekas lain pukul telur, gula dan ovelet dengan speed tinggi hingga kembang.
    3. Kemudian, satukan adunan mentega tadi ke dalam adunan telur.
    4. Sebatikan, putar menggunakan speed paling rendah.
    5. Kemudian masukkan serikaya dan putar hingga bergaul rata. 
    6. Masukkan horlicks, tepung dan esen vanila. 
    7. Putar dengan speed perlahan hingga bergaul rata.
    8. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diputar hingga sebati.
    9. Alihkan adunan ke mangkuk besar dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
    10. Panaskan oven pada suhu 150c (api atas sahaja). 
    11. Sendukkan lebih kurang 5 sudu makan (105 gm) ke dalam loyang dan ratakan.
    12. Bakar menggunakan api atas saja lebih kurang 8 minit atau sehingga permukaan kek keperangan.
    13. (masa bakar bergantung kepada kepanasan oven sendiri).
    14. Angkat dan tekan permukaan kek dengan penekan kek lapis dan cucuk dengan garpu.
    15. Ratakan lapisan seterusnya dan ulangi melapis sehingga 3 lapisan.
    16. Untuk lapisan ke empat, ratakan adunan.
    17. Kemudian atur rapat dan cucuk hawflakes secara menyerong sehingga separuh tenggelam.
    18. Bakar hingga permukaan kek keperangan. 
    19. Keluarkan dari oven, tekan perlahan hawflakes pada satu arah sahaja.
    20. Buat tanda pada loyang arah susunan hawflakes supaya susunan lapisan berikut berada pada arah yang sama.
    21. Ulangi Langkah 15 - 19 sehingga habis.
    MENARIK:  Minuman Tongsui

    Kek Lapis Sisik Ikan

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.