33.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 1, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Kek Lapis Prun Berempah

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale


    Kek Lapis Prun Berempah

    Bahan A

    300gm mentega

    140gm gula kastor

    14 biji kuning telur

    5 sudu makan susu pekat manis

    1 sudu teh esen vanila

    Bahan B

    140gm gula kastor

    6 biji putih telur

    1/4 sudu teh serbuk krim tartar

    Bahan C

    180gm tepung Hong Kong

    2 sudu teh serbuk rempah campuran (spoekek)

    1 sudu teh serbuk penaik

    Bahan D

    200gm buah prun tanpa biji - digunting kecil2 memanjang

    Bahan Sapuan (3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis)

    Panaskan ketuhar pada suhu 180c selama 15 minit. Sediakan tin pembakar 8in x 8in

    Cara-cara :

    1. Bahan A : Satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esen vanila dalam mangkuk adunan. Pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 minit hingga berkrim.

    2. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan adunan mentega ini ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan.

    3. Bahan B : Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor dan krim tartar. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan kembang.

    4. Bahan C : Masukkan tepung Hong Kong, serbuk rempah campuran dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi. Gaul perlahan-lahan hingga sebati.

    MENARIK:  Jus Apple Cameron dan Nenas

    5. Tuangkan pula adunan putih telur tadi. Gaul hingga adunan bercampur rata.

    6. Ambil satu cawan adunan dan ratakan dalam tin pembakar. Bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit atau hingga kek berwarna perang.

    7. Cucuk permukaan kek dgn garpu atau lidi. Tekan lapisan ini agar rata.

    8. Sapukan permukaan kek ini dgn sedikit bahan sapuan.

    9. Kemudian ratakan satu cawan adunan sebagai lapisan kedua. Taburkan buah prun di atasnya. Bakar dgn api atas sahaja hingga masak.

    10. Tekan setiap lapisan yang sudah masak dgn alat penekan agar ia tidak mengelembung. Buatkan proses melapis seperti ini sehingga lapisan yang terakhir siap dibakar. Untuk lapisan atas sekali ambil satu cawan adunan dan ratakan. Taburkan buah prun yang dibelah dua. Bakar dgn api atas hingga masak.

    10. Tutup tin pembakar dgn kertas aluminium. Bakar semula dgn api atas dan bawah selama 15 minit.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.