Kek Lapis Kukus Kelasi Mabuk
Sumber :Â HaSue / Alongroz@Homekreation
Resipi :Â Puan Lynda Hj Taiban
Bahan Adunan Hijau
450gm mentega tulin
200gm horlicks
14 biji kuning telur A
6 putih telur
150gm gula kaster
150gm tepung gandum / tepung Hongkong
2 sudu teh esen vanila
1 botol 35gm pandan emulco + pewarna hijau secukupnya
Loyang 9 x 9in di alas dan di gris dasarnya.
Cara-cara :
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.  Masukkan mentega dan pukul hingga kembang dan putih.
2. Masukkan esen vanila, tepung, serbuk horlicks, pandan emulco dan pewarna.
3. Gaul hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
4. Kukus 1 bahagian di dalam pengukus yang telah di panaskan dahulu selama 30 minit.
5. Selepas tempoh 20 minit mengukus, bancuhkan adunan putih telur. (ini untuk mengelakkan adunan putih telur terlalu lama dan berair jika di sediakan lebih awal)
6. Bila lapisan pertama masak, ratakan adunan putih telur di atasnya. Kukus selama 30 minit.
7. Akhir sekali, tuang lapisan hijau dan kukus selama 40 minit hingga masak.
8. Pastikan lap tutup pengukus setiap kali mengangkatnya supaya air tidak menitik ke atas kek.
Adunan Putih Telur
8 biji putih telur
140gm gula kaster
4 sudu teh tepung gandum
6 biji limau kasturi - ambil jusnya
Cara-cara :
Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan bertanduk. Perlahankan mixer, masukkan tepung dan jus limau, putar hingga sebati.
 Kek Lapis Kukus Kelasi Mabuk