26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 29, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Kek Lapis Kopi / Coffee Layer Cake

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale


    Kek Lapis Kopi / Coffee Layer Cake

    Bahan A
    450gm mentega
    160gm gula kaster
    21 biji kuning telur
    4 sudu makan susu pekat manis

    Bahan B
    160gm gula kaster
    10 biji putih telur
    1/2 sudu teh serbuk krim of tartar

    Bahan C
    270gm tepung Hong Kong
    4 sudu makan cofeemate
    1/2 sudu teh serbuk penaik

    Bahan D
    4 sudu teh cofee emulco
    1 sudu teh coklat emulco

    Untuk sapuan :  3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis
    Loyang  9"

    Cara-cara :
    1.  Satukan bahan A dan pukul hingga kembang dan berkrim.  Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan di pukul hingga sebati.  Tuangkan adunan ke dalam mangkuk besar.  Ketepikan.
    2.  Satukan bahan B dan pukul menggunakan kelajuan tinggi (high speed) hingga kembang dan bertanduk.
    3.  Satukan bahan C, gaul bersama bahan A (1), kemudian masukkan bahan B (putih telur yang telah di pukul) sedikit demi sedikit sambil di kaup balik hingga bergaul rata.
    4.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur bahan D.
    5.  Alas dan leser loyang dengan majerin.  Ambil satu cawan adunan asal dan ratakan dalam loyang.  Bakar api atas dan bawah selama 7 minit hingga berwarna perang.
    6.  Apabila masak, cucuk dengan garpu dan tekan dengan penekan supaya rata.  Sapu dengan bahan sapuan.
    7.  Ambil satu cawan adunan warna kopi dan ratakan di atas lapisan tadi.  Bakar hingga masak dengan api atas sahaja.
    8.  Ulangi proses melapis berselang seli warna hingga adunan habis.
    9.  Untuk lapisan terakhir, bakar hingga masak, keluarkan dari ketuhar dan tutup loyang adunan dengan aluminium foil kemudian bakar lagi dengan api atas dan bawah selama 15 minit.

    MENARIK:  Spaghetti Aglio Olio

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.