Kek Kukus Buah Prune / Prune Steamed Cake
Cara-cara :
1. Ketuk sedikit buah pala, sangai hingga naik bau, kemudian tumbuk hingga halus.
2. Satukan buah prune, tepung gandum, serbuk buah pala, soda bikarbonat dan cream of tartar, gaul rata. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula kaster hingga kembang dan gebu, masukkan telur satu persatu, pukul hingga berkrim.
4. Kaup balik dengan tepung sedikit demi sedikit hingga bergaul rata.
5. Masak gula hingga perang, tutup api, kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, kacau hingga rata. Tuang ke dalam adunan kek dan gaul dengan cepat hingga sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang, tutup dengan aluminum foil dan ikat kelilingnya dengan tali,
7. Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 3 jam.
Kek Kukus Prune / Prune Steamed Cake
*** Jika menggunakan tin susu pekat manis, masukkan adunan dgn beri ruang 1 in dari permukaan tin untuk kek menaik.