26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 21, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Kek Gulung Moscovis / Moscovis Rollcake

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale


    Kek Gulung Moscovis / Moscovis Rollcake
    oleh Kak Wan

    Bahan A
    125 gram mentega
    2 sudu besar susu pekat manis
    80 gram gula pasir
    1 sudu teh esen vanila
    1 sudu teh ovalette/emulsifier
    12 biji kuning telur
    75 gm tepung gandum / tepung hongkong
    15 gm susu tepung
    15 gm tepung jagung

    Bahan B
    3 biji putih telur
    1 sudu kecil gula kaster
    1/8 sudu teh cream of tartar

    Bahan C
    100gm buah kering campuran / dried mixed fruits
    2 sudu besar hirisan badam jika suka
    Jem secukupnya untuk sapuan

    Loyang 10 x 10 di alas kertas minyak dan di gris

    Cara-cara :
    1.  Panaskan oven pada suhu 200C.
    2.  Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk.  Ketepikan.
    3.  Bahan A :  Pukul mentega, ovalette dan gula hingga kembang dan berkrim.  Masukkan susu pekat dan esen vanila, pukul hingga sebati.  Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga rata.
    4.  Tuang ke dalam bekas dan masukkan tepung gandum, susu tepung dan tepung jagung yang di ayak.  Kaup balikkan hingga sebati.
    5.  Kemudian kaup balikkan dengan bahan B sedikit demi sedikit hingga putih telur bergaul rata.
    6.  Bahagikan kepada 5 bahagian, tuang bahagian pertama ke dalam loyang, ratakan dan tabur dengan buah-buahan kering.

    MENARIK:  Chocolate Chip Cupcakes


    7.  Bakar dengan api atas dan bawah selama 15 minit atau hingga permukaan kek keperangan.
    8.  Tuang lapisan kedua, ratakan dan tabur dengan buah-buahan kering.  Bakar dengan api atas sahaja.  Ulangi melapis dan bakar dengan api atas sahaja hingga semua lapisan  habis.
    9.  Akhir sekali tutup loyang dengan aluminium foil dan bakar selama 15-20 minit dengan api atas dan bawah.
    10.  Angkat dan letakkan di atas redai, biarkan kek suam sedikit kemudian terbalikkan kek di atas sekeping kertas minyak.  Keluarkan alas bawah kek.
    11.  Sapu dengan jem secukupnya, kemudian gulung dengan kemas ketika kek masih suam.

    Kek Gulung Moscovis / Moscovis Rollcake

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.