26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Kek batik, Milo, susu, telur, serbuk koko, butter.

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Semalam aku buat kek batik, hari ni baru potong...kek kesayangan anak-anak. Buat sendiri memang sedap tak sama macam beli je kan....😁. Jom aku share Resipi kat bawah...versi kek batik letak telur, lebih lembut tekstrunya 👇

    KEK BATIK

    BAHAN-BAHAN:

    • 500gm biskut marie perisa original (patah-patahkan)
    • 1 cawan milo
    • 1 cawan susu pekat
    • 1 cawan susu cair
    • 3 biji telur (kacau-kacau manja)
    • ½ cawan serbuk koko
    • 1 sudu besar gula
    • 250gm butter
    • 1 sudu kecil esen vanilla

    CARA-CARA:

    1. Sediakan kuali besar. Panaskan dengan api yang paling kecil.
    2. Masukkan butter dan kacau-kacau sehingga cair.
    3. Masukkan milo dan serbuk koko serta kacau sehingga sebati. Kena sentiasa dikacau gunakan whisk.
    4. Kemudian masukkan susu pekat dan kacau lagi.
    5. Masukkan juga susu cair dan gula sambil dikacau-kacau sentiasa.
    6. Kemudian diikuti telur dan esen vanilla. Matikan api sebentar sebab kita taknak telur tadi masak.
    7. Kacau lagi sehingga adunan menjadi pekat. Boleh buka api semula tetapi perlahan saja.
    8. Setelah adunan nampak cantik dan pekat, bolehlah masukkan biskut dan gaul-gaulkan sehingga adunan tadi melitupi roti. Tutup api.
    9. Pindahkan ke dalam loyang yang dah dilapik plastik terlebih dahulu.
    10. Tekan-tekan supaya padat dan rata. Bab ni kena tekan betul-betul ye sebab nanti hasilnya kek tersusun cantik.
    11. Dah siap, simpan dalam peti sejuk selama 4-5 jam atau lebih untuk hasil yang memuaskan.
    12. Siap, selamat mencuba. 💁


    FREE SHIPPING 🚚 https://shopee.khairulamingfc.com/PERCUMA

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.