Karipap Lapis Sardine
Resipi Pastry :Â Chef Alex Goh / GMG
Bahan-Bahan
1 tin sardine / Mackerel size serhana
2 labu bawang besar - belah dua
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
2 sudu besar kisar / cili boh
1 sudu besar jus limau nipis
sedikit minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
1. Hiris nipis bawang besar, bawang putih dan cili merah.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan hiris hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan sedikit garam dulu dan goreng dengan api perlahan hingga cili betul-betul garing, kemudian masukkan sardine bersama sosnya sekali dan hancurkan biarkan kasar sedikit.
3. Masak hingga hampir kering. Perasakan dengan garam, gula dan jus limau. Kacau hingga kering, angkat dan sejukkan dahulu.
DOH PASTRY
Doh A
260 g tepung gandum
50 g margarine
20 g gula halus
1/4 camca teh garam
140 ml air (kurang lebih)
Doh B
180 g tepung gandum
80 g lemak sayur (shortening)
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan "A" kecuali air, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit sambil terus diadun hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Ketepikan. (Jangan risau jika air tidak habis digunakan).
2. Satukan pula bahan "B" dan adun hingga menjadi doh. Kemudian bagi dua setiap doh, biar sama besar. Bulat2kan.
Besar Doh A, Kecil Doh B
3. Ambil 1 bahagian doh "A", leperkan sedikit, letak atasnya doh "B", kemudian balut hingga menutupi doh "B" tadi. Buat kaedah yang sama untuk 1 bahagian doh lagi. Rehatkan selama 15-20 minit.
Bungkus doh A dan B, Bulat2kan
Rehatkan selama 15-20 minit, tutup dengan bekas supaya tak kering
4. Ambil satu bahagian doh, canai membentuk 4 segi, buat lipatan seperti gambar rajah.
 Canai 4 segi
Lipat dari kedua arah
5. Kemudian canai lagi dari arah depan hingga ke hujung, canai juga bahagian tepinya, hingga mendapat ketebalan lebih kurang 2mm. Gulung doh tadi dari depan hingga ke hujung seperti swiss roll.Â
Canai gulungan memanjang
Buat gulungan
6. Rapikan gulungan tadi dan potong kepada 8 bahagian. Buat kaedah sama untuk bahagian doh yang satu lagi. Ambil 1 potongan. Leperkan sedikit dan canai lebih kurang 3mm, isi inti dan kelim seperti membuat karipap biasa. Buat hingga siap.
Potong kepada 8 bahagian
Canai potongan jangan terlalu nipis atau tebal, isikan inti dan kelim
6. Goreng hingga kuning keemasan, gunakan api sederhana sahaja. Jangan goreng banyak serentak, goreng 2 - 3 biji sekali goreng, berhati2 semasa membalikkan karipap. Angkat dan toskan minyaknya, letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Boleh dihidangkan....
CATATAN MAT GEBU :Â Saiz karipap agak besar boleh kecilkan dengan membahagikan doh kepada 3 bahagian.
CATATAN KAK WAN : Guna minyak yang betul2 panas semasa menggoreng untuk mengelakkan karipap menyerap minyak dan menjadi serdak.. Goreng sebentar dalam minyak yang panas kemudian baru di kecilkan api dan goreng dalam minyak sederhana panas hingga keperangan. Balikkan secara perlahan-lahan supaya tidak pecah.
 Karipap Lapis Sardine