Bahan-bahan
20 biji kuning telur itik
1 kg gula pasir
500ml air
1 helai daun pandan
Cara-cara
1. Pukul telur sehingga kembang, kemudian tapis dengan kain maslin.
2. Masak air gula dan daun pandan hingga mendidih, biar seketika hingga keluar buih-buih kecil dan air gula hampir pekat kemudian buangkan daun pandan.
3. Masukkan kuning telur tadi ke dalam acuan roti jala atau gunakan kon plastik yang di gunting sedikit muncungnya dan liraikan ke dalam air gula tadi.
4. Biarkan sehingga masak seketika barulah diangkat menggunakan chop stick kayu dan dilipat memanjang. Angkat dan toskan.
5. Sedia di hidang.
*** Simpan lebihan putih telur untuk di buat kuih taik itik
Jala Mas