Yong Tau Foo Buatan Rumah
Jangan risau jika kedai tutup, kita boleh mencari Resipi dan membuat sendiri Yong Tau Foo di rumah.
Resipi Kuah Yong Tau Foo
Kuah Hitam:
- 2 sudu makan taucu
- 2 sudu makan tepung jagung
- 2 sudu makan tepung gandum
- 3 sudu makan kicap pekat
- 3 sudu makan sos tiram
- 4-5 sudu makan gula
- 3 cawan air
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend sehingga taucu menjadi halus.
2. Kemudian, masak kuah sehingga mendidih sekejap.
Kuah Merah:
- 1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng
- 1 sudu makan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung jagung
- 4-5 sudu makan gula
- 3 cawan air
- 1/4 sudu makan garam
- 3 sudu makan cili blend
Cara membuat:
1. Blender semua bahan di atas sehingga kacang tanah menjadi halus.
2. Kemudian, tambahkan 3 sudu makan cili blend.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang telah diketuk. Tambahkan cili blend dan tumis hingga kering.
4. Masukkan semua bahan yang telah diberi di dalam blender tadi dan masak selama 5 minit sehingga kuah menjadi agak pekat.
Setelah kuah siap, kita boleh menyajikannya dengan bebola daging, sotong, kangkung, sayur-sayuran, atau apa sahaja yang disukai. Campurkan kuah mengikut tahap kepedasan yang dikehendaki. Taburkan bijan sangai dan bawang goreng sebagai hiasan.
Selamat mencuba! Yong Tau Foo yang buatan sendiri ini akan memberikan anda rasa yang sedap dan menjimatkan. Anda juga boleh menjadikannya peluang perniagaan!
Resipi: Hamidah Ida
FREE SHIPPING 🚚 https://shopee.khairulamingfc.com/PERCUMA