31.4 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Getuk Ubikayu

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale


    Getuk Ubikayu
    oleh Kak Wan

    Bahan-bahan
    1 kg ubi kayu, buang kulit dan potong kecil
    4 sudu besar gula pasir
    1 cawan kelapa parut putih
    1/2 sudu teh garam
    Minyak untuk menggoreng

    Bahan Salutan
    1 cawan tepung beras
    1 sudu makan tepung gandum
    1/2 cawan air
    1/2 sudu teh garam
    sedikit serbuk kunyit


    Cara-cara :

    1. Rebus ubi kayu hingga empuk.
    2. Lenyek hingga hancur ketika masih panas.
    3. Gaulkan dengan gula, kelapa, dan garam sehingga sebati.
    4. Bentukkan seperti bebola kecil.
    5. Satukan semua bahan salutan, gaul sebati.  Tidak terlalu pekat atau cair.
    6. Celupkan bebola ubikayu ke dalam bahan salutan.
    7. Masukkan ke dalam minyak panas dan goreng terendam sehingga keperangan.
    8. Angkat dan toskan minyak.
    9. Sedia dihidangkan.


    Getuk ubi juga boleh di golek ke dalam bijan, cornflakes, breadcrumbs atau oats.
    Tidak perlu mencelupnya ke dalam tepung.  Bentukkan mengikut kreativiti.

    Getuk Ubikayu

    MENARIK:  Chocolate Lasagna

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.