- Advertisement -
Fudge Chocolate Chip Cookies
oleh Kak Wan
Bahan-bahan
250gm gula aising
30gm serbuk koko atau serbuk coklat
1/4 sudu teh garam
2 biji putih telur (80gm)
1 sudu teh esen vanila
100gm chocolate chips
Penyediaan :
- Panaskan oven pada suhu 170C.
- Alas dulang pembakar dengan silpat mats atau parchment paper.
- Ayak serbuk koko, gula aising dan garam ke dalam mangkuk. Â Masukkan sebiji putih dahulu dan esen vanila. Â Kacau rata, jika pekat tambahkan baki putih telur hingga adunan menjadi likat seperti adunan brownies.
- Masukkan coklat chips dan kaup balik hingga bergaul rata.
- Sudukan 1/2 sudu teh ke atas dulang pembakar, jarakkan antaranya kerana biskut akan mengembang.
- Bakar selama 15-20 minit hingga bahagian atas berkilat dan sedikit retak.
- Tutup api dan biarkan biskut berada di dalam oven dengan pintu tertutup selama 15minit sebelum di keluarkan.
- Simpan di dalam bekas kedap udara. Â Biskut ini tipis dan ranggup.
Fudge Chocolate Chip Cookies
KEMPEN IKLAN