25.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 1, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Donut Ala J’co

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale


    Donut Ala J'co
    Sumber :  Loveliana

    Bahan A (Starter Doh)
    400gm tepung gandum
    1 sudu besar yis segera
    1/2 sudu teh garam halus
    300ml air suam
    (Satukan semua bahan di dalam mangkuk, gaul sebati, tutup mangkuk dengan plastik dan rehatkan doh selama 1 1/2 jam sehingga mengembang)

    Bahan B
    200gm tepung gandum
    1/2 sudu teh garam
    60gm susu tepung
    80gm gula pasir
    1 biji telur
    60gm shortening

    Cara-cara :
    1.  Satukan bahan B, gaul rata dan adunkan bersama bahan A, jadikan doh yang tidak melekat di tangan.  Rehatkan selama 15 minit.
    2.  Ambil doh dan tumbukkan untuk mengeluarkan udara terperangkap, uli semula dan rehatkan selama 15 minit lagi.
    3.  Canai doh setebal 1cm dan terap dengan acuan donut, letak di dalam dulang yang ditabur dengan sedikit tepung.  Biarkan selama 10 minit.
    4.  Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng donut hingga keperangan.  Angkat dan toskan.
    5.  Hidang bersama topping kesukaan.

    MENARIK:  Minuman Cili Kasturi

    Topping Shinning Glaze
    50gm gula pasir
    50ml air

    Cara-cara :
    1.  Masak gula pasir dan air hingga mendidih, kecilkan api dan masak hingga gula agak pekat.
    2.  Angkat, biarkan suam sedikit baru di celup dengan donat.


    *** Donut ala J'co rasanya hanya ala-ala saja kerana rasa donut J'co yang sebenar sangat lembut ... donut ala J'co lebih ranggup pada bahagian luar tetapi lembut pada bahagian dalamnya.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.