24.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 28, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Daging Masak Hitam Sarawak

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale


    Daging Masak Hitam Sarawak
    oleh Kak Wan

    Bahan
    700 gram daging bahagian peha - potong nipis - bilas dan toskan

    Bahan A -  Perap
    2 labu bawang merah besar
    5 ulas bawang putih
    5 cm halia
    3 batang serai - hiris
    7 biji buah prune
    3 sudu besar kismis
    4 sudu besar kerisik
    4 sudu besar kicap pekat
    4 sudu besar kicap manis
    3 sudu besar kicap masin atau garam
    3 sudu besar tomato puri atau tomato sos
    2 sudu besar parutan gula melaka
    1 cawan susu cair

    Kisar semua bahan-bahan di atas hingga halus, gaul bersama daging.  Perap semalaman di dalam peti sejuk.

    Bahan B - Tumis
    3 sudu besar minyak sapi
    3 kuntum bunga lawang
    1 batang kulit kayu manis
    3 kuntum cengkih
    3 biji buah pelaga
    7 biji bawang merah - hiris nipis
    3 sudu besar cili kering kisar jika suka pedas

    Cara-cara :

    1. Panaskan  minyak sapi dan tumis bawang merah hingga garing. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga. Tumis hingga wangi.
    2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
    3. Kemudian masukkan bahan yang diperap. Masak dengan api sederhana sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.
    4. Hidang bersama nasi putih atau nasi minyak.
    MENARIK:  Kek Mentega Pelangi

    Daging Masak Hitam Sarawak

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.