25 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    CHINESE DONUT BERAS PULUT

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    CHINESE DONUT BERAS PULUT
    oleh Kak Wan

    BAHAN-BAHAN:
    1 1/2 cawan (300 gm) Beras Pulut, rendam 4 jam

    1 1/2 cawan (300 ml) Air
    1 sudu kecil Garam
    1/3 cawan (75 gm) Gula Halus
    1/2 sudu kecil Rempah 5 spices

    CARANYA:
    Toskan pulut, satukan dengan air, garam dan gula dalam loyang, gaul rata.

    Tabur rempah 5 spices di atasnya.

    Kukus selama 45 minit
    Setelah masak, gembur biar rata dan sejukkan.
    Letak pulut di atas plastik wrap dan gulung rapi.

    BANCUHAN YIS:
    3/4 cawan (100 gm) Tepung Gandum 1/2 cawan (100 ml) Air
    1 sudu kecil Gula Halus
    1 sudu kecil Instant Yis

    CARANYA:
    Satukan semua bahan dan gaul rata.
    Tutup dengan plastik wrap. Rehatkan selama 2 jam hingga kembang dan berbuih.

    ADUNAN TEPUNG:
    2 1/3 cawanTepung Gandum (300 gm)
    1/2 cawan Gula Halus (110 gm)
    1 sudu kecil Garam
    1/2 sudu kecil Baking Powder
    1/2 sudu kecil Baking Soda
    3/4 cawan (140 ml) Air
    1/4 sudu teh Air Abu (Alkaline Water)
    1 sudu besar Minyak

    EXTRA - 1 cawan Tepung untuk ulian

    1/4 cawan campuran bijan putih dan hitam

    CARANYA:

    1. Satukan semua bahan tepung kecuali minyak.
    2. Masukkan bancuhan yis dan air abu.
    3. Gaul dan uli menjadi doh yang lembut, masukkan minyak, gaul rata.
    4. Tabur sedikit tepung di atas papan canai.
    5. Uli doh, jika melekit tambahkan tepung sedikit2 sambil di uli.
    6. Tutup doh dan rehatkan selama 30 minit.
    7. Potong dan bahagikan doh dan pulut kepada 2 bahagian.
    8. Canai doh nipis berbentuk segi empat mengikut panjang gulungan pulut.
    9. Letak gulungan pulut di atas doh dan gulung rapi.
    10. Potong setebal 1/2 inci menjadi kepingan bulat menggunakan pisau plastik.
    11. Letak sedikit air dan lekatkan hujungnya supaya tidak terbuka.
    12. Tabur bijan,  sedikit tepung dan canai leper 2 cm setiap kepingan.
    13. Buat hingga habis, tutup dengan kain dan rehatkan selama 20 minit.
    14. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
    MENARIK:  Pie Tee

    CHINESE DONUT BERAS PULUT

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.