Cendawan Sos Tiram
oleh Kak Wan
Bahan-bahan
1 packet cendawan tiram - siat
1/2 labu bawang besar - potong baji
3 ulas bawang putih - cincang
1 in lobak merah - hiris halus
1/2cm halia - hiris halus
1 tangkai cili merah - hiris
4 sudu makan sos tiram
2 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan 2 sudu besar air
sedikit minyak masak untuk menumis
Penyediaan :
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih, cili merah dan halia sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan bawang besar dan lobak merah, masak sebentar.
3. Masukkan sos tiram dan juga cendawan. Masak lagi sehingga cendawan layu.
4. Tuangkan bancuhan tepung jagung dan didihkan sebentar sehingga kuah pekat dan padamkan api.
5. Enak di hidang bersama nasi biasa atau nasi bubur.
Cendawan Sos Tiram