Caterpillar Cupcake
Adapted from : Rainbow Cake Martha Stewart
Translated
Bahan-bahan 1/2 Adunan
215gm tepung gandum all purpose
2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu teh garam
125gm mentega
170gm gula kaster
185ml susu segar
3 biji putih telur suhu bilik
1 sudu teh esen vanila / badam
Pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, unggu
Decorations
24 biji cawan kertas
gummy worm untuk kaki
candy untuk mata dan hidung
Buttercream secukupnya
toothpick untuk mencucuk
Cara-cara :
1. Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga gebu. Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.
3. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan setiap satu dengan pewarna yang berlainan.
5. Tuang setiap adunan 3/4 penuh ke dalam cawan kertas dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C.
6. Sejukkan dahulu baru di hias seperti catterpillar, sesuai untuk meraikan majlis kanak-kanak.