26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 3, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Bubur Biji Salak

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale


    Bubur Biji Salak
    oleh Kak Wan

    Bahan-bahan
    1 cawan tepung pulut cap POKOK
    1 sudu besar tepung ubi cap POKOK
    1/4 sudu teh garam
    3/4 cawan (150 ml) air atau secukupnya
    Air untuk merebus, didihkan

    Penyediaan :
    Satukan tepung dan garam, masukkan air sedikit2.
    Uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
    Gentel adunan bulat2, masukkan ke dalam air yang telah mendidih.
    Apabila adunan timbul, angkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
    Toskan dan masukkan ke dalam periuk sirap gula melaka.


    Sirap Gula Melaka :
    1 1/2 cawan air
    1 cawan gula merah / gula melaka
    2 sudu besar gula pasir
    1 helai daun pandan
    1/2 sudu besar tepung ubi, larutkan dengan sedikit air

    Penyediaan  :
    Satukan air, gula dan daun pandan, masak hingga gula larut.
    Tambahkan larutan tepung jagung, kacau rata.
    Masukkan biji salak dan masak hingga kuah agak pekat.


    Sos Santan
    1 cawan (200) ml santan kotak
    1 cawan air (200 ml)  air
    1/2 sudu teh garam
    1 helai daun pandan
    2 sudu teh tepung beras, bancuh sedikit air.

    Penyediaan :
    Satukan semua di dalam periuk dan masak hingga mendidih.
    Masukkan bancuhan tepung beras dan masak hingga kuah menjadi pekat.
    Hidang bersama bubur biji salak.

    MENARIK:  Biskut Tart Nenas Bunga - step by step

    Bubur Biji Salak

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.