Biskut Untaian Colour Star
Resipi asal :Â Biskut Untaian FB Haida Rifqi
Bahan-bahan
250gm mentega
110gm gula aising (1 cawan)
1 biji kuning telur
170gm tepung jagung (1 1/2 cawan atau 2 cawan untuk lebih gebu)
330gm tepung gandum (3 cawan)
Nozzle 866 atau 4T
Hiasan :Â Colour star secukupnya
Cara-cara :
1. Krimkan mentega dan gula aising dengan senduk kayu hingga rata, kemudian masukkan kuning telur. Kacau sebati.
2. Masukan kedua tepung yang di ayak sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
3. Masukkan ke dalam piping bag dan picit mengikut bentuk yang di sukai. Hias dengan colour star.
4. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C di rak tengah selama 20-25 minit.
Biskut Untaian Colour Star