Biskut Tiramisu / Tiramisu Cookies
oleh Kak Wan
Bahan A
180gm mentega
20gm shortening
50gm keju krim - lembutkan pada suhu bilik**
140 gm gula kaster
1 biji kuning telur
1 sudu teh serbuk nescafe - kisar halus
1 sudu teh esen kopi / coffee emulco
Bahan B
300gm tepung gandum
50gm tepung kentang
20gm coffee mate / susu tepung
1/2 sudu teh serbuk penaik
Hiasan : Coklat masakan putih, hitam dan coklat rice
Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga berkrim dan sebati.
2. Masukkan bahan B dan gaul rata hingga menjadi doh. Ambil 10gm doh dan bulatkan. Tekan bahagian tengahnya membentuk lubang.
3. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 20-25 minit.
4. Sejukkan biskut, pipekan coklat masakan putih di tengahnya dan tabur coklat rice di atasnya.
5. Drizzle dengan coklat putih / hitam, biar coklat mengeras sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
Biskut Tiramisu / Tiramisu Cookies