Biskut Suji Pandan / Pandan Semolina Cookies
oleh Kak Wan
Sumber : Majalah RASA
Bahan A
200gm mentega
30gm minyak sapi
60gm gula aising
1/2 sudu teh pewarna hijau epal
1/2 sudu teh pandan emulco
Bahan B
260gm tepung gandum
100gm tepung jagung
60gm tepung suji / semolina
40gm serbuk badam - sangai
Hiasan : manik berwarna hundred thousand, coklat masakan putih cair
Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga berkrim.
2. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
4. Canai dan terap dengan acuan di sukai.
5. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 20-25minit.
6. Sejukkan dahulu sebelum di celup tepinya dengan coklat masakan cair dan hias dengan manik hundred thousand
Biskut Suji Pandan / Pandan Semolina Cookies