Biskut Pistachios / Pistachios Cookies
oleh Kak Wan
Bahan A
230gm mentega
20gm shortening
120gm gula kaster
2 biji kuning telor
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil pewarna hijau apple
Bahan B - Satukan
80gm kacang pistachios - kisar halus
90gm cheese crakers - kisar halus
90gm cornflakes - kisar halus
330gm tepung gandum - ayak
Hiasan : Coklat masakan putih cair dan kacang pistachios cincang
Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli menjadi doh.
2. Rehatkan doh selama 15min dalam peti sejuk.
3. Canai dan terap mengikut suka. Sapu sedikit kuning telor di atasnya.
4. Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit.
5. Sejukkan dahulu kemudian pipe sedikit coklat masakan dan tabur dengan kacang pistachios cincang.
6. Simpan dalam bekas kedap udara.
Note : Kacang pistachios di cincang dan di bakar sebentar pada suhu rendah 120C selama 5minit sebelum di tabur ke atas biskut.
Biskut Pistachios / Pistachios Cookies