Biskut M&M Oats Monster / Monster Cookies
oleh Kak Wan
Bahan-bahan
100gm gula kaster
100gm gula perang
115gm mentega
1 biji telur A
120gm peanut butter halus atau kasar
2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu teh garam
250gm oats
120gm mini m&m
120gm chocolate chips
Cara-cara :
1. Pukul mentega, gula kaster, gula perang hingga berkrim. Masukkan telur dan putar sebati.
2. Masukkan peanut butter, esen vanila, baking soda dan garam. Putar hingga bergaul rata.
3. Masukkan oats, mini m&m dan chocolate chips, putar dengan kelajuan perlahan hingga bergaul rata.
4. Scoop adunan ke dalam dulang pembakar yang beralas baking paper / silpat. Jarakkan adunan kerana biskut ini akan mengembang.
5. Bakar pada suhu 160C dalam oven yang di panaskan dahulu di rak tengah selama 10-15 min (bergantung pada oven)
6. Keluarkan dari oven, biarkan biskut mengeras di atas dulang pembakar. Biarkan sejuk dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Biskut M&M Oats Monster / Monster Cookies