Biskut Lidah Kucing Pelangi
by kakwan citarasawan , pada 28/5/2013
Cara-cara :
- Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Ketepikan
- Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
- Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata.
- Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak dengan pewarna berlainan.
- Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.
6. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 15minit. Jangan biarkan permukaan atas keperangan kerana menengelamkan warna pelangi.
7. Biarkan biskut suam2 kuku dan terus simpan di dalam bekas kedap udara. Biskut ni cepat lemau jika di biar terdedah pada udara. Biskut yang lemau boleh di panaskan semula selama 5-8 minit dalam oven yang di panaskan dahulu dan akan ranggup kembali.
Biskut Lidah Kucing Pelangi di Majalah AROMA
Biskut Lidah Kucing Pelangi Citarasawan yang terlajak laris.. cover majalah Aroma back issue Nov-Dec 2013 dan menjadi biskut terbaru untuk menyambut hari raya
Lidah Kucing Bentuk Hati
Lidah Kucing Bentuk Bunga - Menggunakan loyang bulat
Update Resipi!! Jom lihat versi lain resipi biskut lidah kucing yang kakwan cuba kali ni
Biskut Lidah Kucing Mocha
Biskut Lidah Kucing Keju
Biskut Lidah Kucing Coklat
Resipi versi lain akan datang 🙂
#Update 2014
Terima kasih mencuba Resipi ini! kakwan tidak menyanka sambutan yang sungguh mengalakan!
#Update 2022
Post dikemaskini 🙂