- Advertisement -
Biskut Kacang Kuda / Chickpea Cookies
oleh Kak Wan
Bahan-bahan
250 gm tepung gandum
120 gm tepung kacang kuda / chickpea
110 gm gula aising
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh baking powder
240 ml minyak jagung
Kuning telur untuk sapuan
1/2 cawan pistachios cincang untuk hiasan
Kelopak rose kering, optional
- Satukan tepung, tepung kacang, gula, garam dan baking powder.
- Tuang minyak sedikit2 dan uli menjadi doh yang lembut.
- Canai dan terap mengikut acuan yang di sukai.
- Atur di atas dulang yang di alas baking paper.
- Bakar pada suhu 150C selama 20 minit.
- Keluarkan biskut, sapu dengan kuning telur.
- Tabur dengan kacang pistachios.
- Bakar semula selama 5 minit lagi.
- Cara ini untuk mengelakkan pistachios menjadi kehitaman.
Biskut Kacang Kuda / Chickpea Cookies
KEMPEN IKLAN