Biskut Cantik Manis
oleh Kak Wan
Bahan-bahan
200gm mentega
60gm gula aising - ayak
1 sudu kecil esen vanila
230gm tepung gandum
30gm nestum - kisar halus
2 sudu besar tepung beras
Kuning telur untuk sapuan
Gula pasir kasar untuk taburan
Cara-cara :
1. Pukul mentega, esen vanila dan gula hingga berkrim. Masukkan bahan-bahan yang lain dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh selama 10-15 min dalam peti sejuk.
2. Masukkan doh ke dalam piping bag dengan nozzle bergerigi no. 864 dan picit membentuk bulatan.
3. Sapu permukaan biskut dengan kuning telur dan tabur dengan gula pasir.
4. Bakar di dalam loyang yang bergris pada suhu 160C di rak tengah selama 15-20 minit.
5. Biarkan sejuk, dan hias mengikut suka.
Biskut Cantik Manis