30.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 15, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Biskut Buah Rotan

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale


    Biskut Buah Rotan
    oleh Kak Wan

    Bahan-bahan
    150 gm tepung pulut (1 1/2 cawan)
    200 ml santan segar (1 cawan)
    60 gm gula halus (4 sudu makan)
    1/4 sudu teh garam
    300 gm bijan putih
    30 gm bijan hitam (optional)


    Penyediaan :

    1. Sangai tepung pulut hingga ringan jangan sampai kekuningan.
    2. Biarkan sejuk.
    3. Masak santan, garam dan gula hingga gula larut.  Sejukkan dahulu.
    4. Gaul tepung dan tuang santan sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
    5. Cubit sedikit doh dan gentel bulat sebesar sagu mutiara.
    6. Doh jangan besar kerana akan mengembang sekali ganda bila di goreng.
    7. Golekkan doh ke dalam campuran bijan putih dan hitam.
    8. Salut rata dan ayak dengan senduk berlubang.
    9. Goreng dalam minyak panas dengan api paling kecil.
    10. Setelah doh timbul di permukaan, balik-balikkan supaya masak sekata.
    11. Goreng hingga perang keemasan.  Angkat dan toskan.
    12. Simpan dalam bekas kedap udara.


    Tips :
    Sangai tepung pulut dahulu hingga ringan.
    Doh mestilah lembut dan sedikit melekit supaya bijan dapat bersalut rata dan tidak mengeras bila di goreng.
    Jika doh mengering tambahkan sedikit santan atau air dan uli semula.
    Doh jangan besar, lebih kurang saiz sagu mutiara atau lebih kecil.  
    Jangan buat lebih besar dari saiz ini.
    Goreng dengan api paling perlahan supaya masak hingga ke dalam.
    Goreng jangan terlalu banyak dalam satu masa.

    MENARIK:  Salad Soo Hoon Vietnam

    Biskut Buah Rotan

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.