Biskut Buah Campuran / Mixed Fruits Cookies
Bahan A
180gm mentega
20gm shortening
80gm gula kaster
1/2 sudu teh esen vanila
250gm tepung rose / gandum
50gm tepung kastard
30gm susu tepung
1/8 sudu teh baking powder
Bahan B - di cincang
20gm appricot kering
20gm blackcurrent
10gm kismis kuning
atau pilihan buahan kering yang lain spt ceri merah dan hijau
Cara-cara :
1. Pukul mentega, shortening, gula dan esen vanila hingga berkrim.
2. Satukan kesemua tepung dan baking powder, ayak. Masukkan bahan B dan gaul bersama adunan mentega hingga menjadi doh yang lembut.
3. Bahagi doh kepada 3 bahagian, bentukkan setiap doh menjadi kiub empat segi yang panjang seperti bar dan bungkus dengan kertas minyak dengan kemas dan padat. Simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
4. Keluartkan dari peti sejuk dan potong dengan pisau yang tajam setebal 1cm.
5. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 15-20 minit atau hingga kekuningan.
Biskut Buah Campuran
** Biskut boleh juga di terap, guna penerap yang tajam supaya buah tidak tertanggal.
** Beli buah-buahan kering yang masih baru dan lembab, jika terlalu kering rendam dan toskan hingga kering sebelum di gunakan.