By Kak Wan @ Resipicitarasawan
BAHAN-BAHAN
1 bungkus Bihun
1 keping Dada Ayam
1 kiub Pati Ayam
1 uncang Sup Bunjut
2 liter air
100 gm QL LOBSTER FLAVOUR BALL
100 gm QL MUSHROOM FISH BALL
100 gm QL CRAB FLAVOUR STICK
2 sudu kecil serbuk Lada Putih
2 sudu kecil Rempah Sup
BAHAN KISAR :
5 ulas Bawang Merah
4 ulas Bawang Putih
3 cm Halia
BAHAN REMPAH KASAR :
2 batang Serai, di ketuk
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Minyak untuk menumis
SAMPINGAN :
Isi ayam yang di carik
Crabstik goreng
Bawang Goreng
Daun Sup / Daun Bawang
Lobak Masin
Limau Nipis / Kasturi
Cili Jeruk
PENYEDIAAN :
Rendam Bihun dengan air panas dan serbuk kunyit.
Bila lembut, bilas dan toskan.
QL CRAB FLAVOUR STICK, di carik halus dan di goreng garing.
PENYEDIAAN SUP :
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan rempah kasar hingga wangi.
- Masukkan uncang sup bunjut, serbuk lada putih dan rempah sup.
- Tumis hingga keperangan.
- Masukkan dada ayam, tumis hingga masak.
- Masukkan air, kiub pati ayam dan batang daun sup.
- Keluarkan dada ayam, sejukkan sebentar dan carik2 isinya.
- Akhir skali masukkan semua bebola ikan QL MUSHROOM.
- Perasakan dengan garam secukup rasa.
- Hidang bersama Bihun, bahan2 sampingan dan sambal.
SAMBAL CILI :
10 tangkai cili padi merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Tumis cili dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga layu.
Kisar kasar bersama air asam jawa, gula dan garam.
Bihun Sup Utara