Bahan A
6 biji putih telur - Grade B
1/4 sudu teh cream of tartar
Bahan B
24 biji kuning telur - Grade B
230gm gula caster
180gm tepung Hong Kong / tepung gandum
20gm tepung jagung
300gm mentega cair
2 sudu besar air
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanila
Bahan C
Jem secukupnya sebagai pelekat
Pewarna merah dan unggu (ikut suka)
5 Loyang 10 x 10"Â (di alas dan di gris)
Cara-cara :
1. Â Ayak tepung. Â Ketepikan.
2. Â Pukul bahan A hingga kembang dan bertanduk. Â Ketepikan.
3. Bahan B : Pukul kuning telur, air dan gula hingga kembang di ikuti esen vanila, tepung dan ovalette. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu. Perlahankan mixer, masukkan mentega cair dan putar dengan kelajuan sederhana hingga sebati. Tuang ke dalam bekas dan kaup balikkan dengan adunan A hingga bergaul rata.
4. Ambil 500gm adunan dan tuang ke dalam 2 buah loyang (250gm setiap satu untuk kulit luar). Ratakan dengan spatula.
5. Bahagian Tengah Roll : Adunan selebihnya di bahagi kepada 3 (+-290 setiap satu), dan letakkan dengan pewarna merah, unggu dan satu warna asal.  Tuang ke dalam 3 loyang berasingan.
6. Â Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 15-20 minit sehingga semuanya habis.
7. Â Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selama 15 minit.
8. Untuk bahagian tengah roll, cantumkan ketiga-tiga kek berwarna dan lekatkan dengan jem atau cream. Potong dan rapikan tepinya. Potong memanjang sebanyak 8 kepingan. Kemudian susun 4 kepingan seperti huruf T" dengan kedudukan 2 melintang dan 2 menegak. Sapu dengan jem untuk melekatkannya. Ketepikan. Buat satu lagi susunan kerana adunan ini menghasilkan 2 batang roll.
9. Untuk kulit luar, sediakan sekeping kertas minyak yang lebih besar dari kek.  Terbalikkan kek.  Keluarkan kertas alasnya. Sapu secukupnya dengan jem hingga rata.
10. Ambil bahagian tengah dan letakkan ke atasnya. Kemudian gulung dengan mengerakkan kertas ke depan dan bungkus dengan padat. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di potong.