25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Ayam Penyet

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Ayam Penyet
    oleh Kak Wan

    Untuk Ayam
    1 ekor ayam – potong 4 bahagian 

    2 keping tauhu – potong tiga segi 

    1 paket tempe – potong nipis 

    1 ikat sayur kangkung – dicelur 

    Kobis potong empat segi jika suka 1 biji timun – dihiris nipis

    Bahan A
    50 gm bawang merah* 

    30 gm bawang putih* 

    20 gm lengkuas* 

    10 gm kunyit hidup* 

    1 sudu teh garam 

    1 sudu besar gula 

    500 ml santan

    Bahan bertanda* - dikisar

    Bahan B
    150 gm tepung beras* 

    1 biji telur* 

    200 ml air rebusan ayam 

    (bahan A)*

    10 gm garam* 

    10 gm gula* 

    * Kesemua bahan digaul rata

    Cara Penyediaan:-

    1. Potong ayam kepada 4 bahagian dan cuci bersih.
    2. Rebus ayam bersama bahan kisar, santan.
    3. Kemudian masukkan garam, gula.
    4. Masak sehingga pecah minyak dan kuah bertukar kepada warna kuning.
    5. Angkat dan ketepikan.
    6. Bancuh semua bahan tepung (bahan B).
    7. Salut pada ayam yang direbus tadi, tempe dan tauhu.
    8. Panaskan minyak dan goreng semua bahan bersalut tepung hingga kekuningan dan diangkat.
    9. Hidangkan ayam penyet bersama kangkung,timun,tempe,tauhu bersalut dan sambal.
    MENARIK:  Ayam Panggang Kalasan

    Paling best ** Lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes(digoreng) untuk hidangan ayam penyet.
    Untuk Sambal
    Sedikit minyak masak
    20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
    10 biji Cili padi
    10 biji Bawang kecil/merah, hiris
    3 biji Bawang putih, hiris
    5 biji Tomato, potong 4
    5 cm Belacan
    2 sudu Ikan Bilis
    3 sudu gula merah/secukup rasa

    Cara Penyediaan Sambal :

    1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
    2. Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan.
    3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
    4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
    5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
    6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
    7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
    8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

    ** Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

     Ayam Penyet

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.