Ayam Gantung Chinese
Di cuba oleh Kak Wan
Resipi Chef HassanHen
Bahan-bahan
1 ekor ayam dengan kulit, cuci bersih
gantungkan dengan pencangkuk supaya senang di pegang.
2 1/2 cawan air
8 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula pekat maltose atau golden syrup
Didihkan air, masukkan cuka dan gula pekat, kacau hingga larut.
Kemudian siram seluruh ayam hingga kulitnya menjadi tegang dan berbintil2.
Bahan Rempah
1 sudu besar chinese 5 spice
1 sudu kecil serbuk pati ayam / ajinamoto
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kayu manis (optional)
Satukan semua rempah, sumbat dalam perut ayam hingga rata,
Pasti rempah atau minyak tidak terkena pada kulit luar ayam supaya kulitnya cantik bila di masak.
Kemudian gantung selama sejam atau lebih sehingga airnya kering.
Boleh di goreng atau di panggang.
Ayam Goreng : Goreng dalam minyak yang penuh dengan api sederhana hingga masak sekata.
Ayam Panggang : Bakar pada suhu 160C api atas dan bawah selama 1 jam atau sehingga masak.
Ayam Gantung mempunyai rasa yang manis dan kulitnya garing dan rangup.
Enak di makan begitu saja bersama sos atau di hidang dengan nasi ayam.
Ayam Gantung Chinese