Filling Apple
3 sudu besar gula pasir
3 biji epal, potong dadu
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar parutan kulit lemon
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh garam
2 sudu besar mentega tawar
2 sudu kecil. tepung gandum
Penyediaan Filling Apple :
Cairkan mentega di dalam kuali non stick.
Masukkan epal, gula pasir, jus lemon, kulit lemon, serbuk kayu manis dan garam.
Masak di atas api sederhana sehingga epal lembut dan hampir kering.
Tabur tepung dan kacau sehingga mengental.
Angkat dan sejukkan
Adunan Cupcake
1 1/2 cawan tepung serba guna
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu teh serbuk buah pala
1/4 sudu teh garam
3/4 cawan gula kaster
2 biji telur
170 ml mentega cair
2 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan susu cair
Penyediaan Cupcakes :
- Panaskan ketuhar pada 175C.
- Isi acuan muffin dengan cawan kertas.
- Satukan tepung, serbuk penaik, serbuk kayu manis, pala dan garam dalam mangkuk sederhana.
- Dalam mangkuk lain pukul gula dan telur sehingga ringan dan berkrim.
- Masukkan mentega cair dan esen vanila. Gaul rata.
- Masukkan tepung dan susu berselang seli sambil kaup balik adunan hingga sebati.
- Tuang 1/2 adunan ke dalam cawan kertas, dan letak 1 sudu besar filling epal di tengah.
- Bakar selama kira-kira 20-25 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan cupcakes sebelum di letakkan cream frosting.
Frosting Krim Keju
125 gm cream cheese, lembutkan
2 sudu besar gula aising
1/3 cawan dairy whipping cream
Kayu manis, untuk percikan
Penyediaan Frosting :
Pukul dairy whipping krim hingga kental.
Putar cream cheese dan gula hingga lembut.
Kaup balikkan dengan whipping cream hingga sebati.
Masukkan ke dalam piping bag dan picit di atas cupcakes.
Taburkan dengan serbuk kayu manis.
Apple Pie Cupcake