Berkat Dirasa Bersama – Yeo’s Ramadan
Ramadan adalah bulan yang dipenuhi rahmat dan berkat dariNya. Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dalam pelbagai perbuatan dan pemahaman. Berkat juga boleh didapati di dalam setiap hubungan yang baik seperti keluarga, rakan-rakan, atau dalam setiap rasa syukur yang dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sebagai tangan yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan. Berkat, dari sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dari rasa syukur kepada yang Esa.
Hari ini 27 May 2017, semua umat Islam mula menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia. Â Antara juadah pemanis mulut yang menjadi kegemaran berbuka adalah kuih muih. Â Apa kata kita amalkan berbuka dengan kuih muih yang lebih berkhasiat menggunakan Susu Soya Yeo's. Membuat kuih muih sendiri adalah lebih baik dari membeli di pasar malam kerana terjaga kebersihannya dan terjamin kesegarannya.
Untuk kuih muih Ramadan ini cubalah Apam Labu Soya Yeo's yang berkhasiat dan menyihatkan kerana ia menggunakan ramuan dari buah labu dan susu soya menggantikan santan.  Amalkan cara hidup sihat sepanjang masa terutama di bulan Ramadan ini 😀
Apam Labu Soya Yeo's
Bahan A
125 gm isi labu kukus
1 biji telur
60 gm gula pasir
100 ml susu soya Yeo's
30 ml minyak sayur
1/2 sudu kecil yis segera
Bahan B - Ayak
160 gm tepung gandum
40 gm tepung beras
1 sudu teh baking powder
Penyediaan :
Panaskan pengukus, masukkan acuan lompang dan panaskan sebentar.
Masukkan semua bahan A ke dalam pengisar, kemudian kisar hingga sebati.
Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan kisar hingga rata. Â Tapis ke dalam jug kecil.
Tutup dengan plastik dan rehatkan adunan selama 15 minit.
Tuang 3/4 penuh ke dalam acuan lompang atau paper cup, tabur bijan jika suka.
Kukus dengan api yang besar selama 15 minit atau sehingga masak.
Berkat di rasa Bersama, adalah lebih bermakna kerana kita gandakan kebaikannya Bersama mereka yang ada disekeliling kita. Yeo’s Malaysia ingin mengambarkan Ramadan sebagai bulan yang penuh Berkat dan cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan dirasai Bersama. Jadi gandakan rasa itu dengan berkongsi minuman Yeo’s di bulan Ramadan yang mulia ini!