26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Agar-Agar Santan Pandan

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale


    Agar-Agar Santan Pandan
    Olahan :  Agar-agar Sirap Rose Naz @ovenkecil.blogspot.com

    Bahan-bahan
    11gm serbuk agar-agar (1 paket)
    750ml air (3 cawan)
    250ml air (1 cawan - kisar dengan 5 helai daun pandan, tapis)
    200 gm gula pasir (1 cawan)
    250 ml santan pekat (1 cawan)
    1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
    1/4 sudu teh garam
    Sedikit pewarna hijau

    Loyang di basahkan terlebih dahulu

    Cara-cara
    1.  Masak air, jus pandan, gula, dan serbuk agar-agar hingga larut.
    2.  Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sedikit pewarna hijau.
    3.  Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau untuk mengelakkan adunan membuak keluar.  Tunggu sehingga adunan santan kelihatan berbintil-bintil. Tutup api.
    4.  Tuang di dalam acuan, biarkan sejuk dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.

    MENARIK:  NASI HIMPIT SAMBAL KELAPA KELANTAN

    Tips dari Naz :

    Tips untuk mendapat 2 lapisan agar-agar : Selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.

    Agar-Agar Santan Pandan

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.