26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 21, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Zhen Ning Berlatih Depan Cermin Supaya Lidah Tak Kaku Cakap Melayu

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Pelakon, Zhen Ning mengakui cabaran terbesar dalam drama Anak-Anak Mafia adalah untuk melontarkan dialog dalam bahasa Melayu.

    Artikel Berkaitan: Mierul Aiman Mengaku Masih ‘Single’ – ‘Dekat Rumah Rasa Macam Sunyi, Tapi Takpelah Saya Ada Mama’

    Artikel Berkaitan: Scha Elinnea Mengaku Buat Perubahan Pada Wajah, Enggan Ulas Soal Tatu – ‘Semua Orang Pernah Buat Silap’

    Kaku cakap Melayu

    Bagaimanapun, Zhen, 25, berkata, perkara itu bukan penghalang untuknya pamerkan lakonan yang terbaik selepas melakukan praktis berulang kali di hadapan cermin.

    Saya berdialog dalam dua bahasa, iaitu Melayu dan Mandarin. Untuk lontarkan dialog Melayu itu memang susah dan sedikit mencabar.

    Namun itu tidak menjadi masalah kerana saya sudah melakukan persiapan awal. Saya baca skrip dan berlatih depan cermin supaya sebutan Melayu saya lancar. Berlatih sampai lidah tidak kaku.

    Zhen berkata demikian ketika ditemui di acara bertemu peminat bersama barisan pelakon Anak-Anak Mafia yang diadakan di Pusat Dagangan Putra (WTC), pada Sabtu.

    Berkongsi mengenai watak Rudy yang digalas, Zhen memberitahu dia berperanan sebagai penggodam.

    Watak saya bernama Rudy iaitu seorang ‘hacker’, jadi kelebihan dia adalah menggodam. Kalau adegan berlawan, mungkin dia nampak lemah sikit dan kebanyakkannya kalah.

    Rakan-rakan pelakon lain banyak membantu dan memberi saya energi. Kami tolong-menolong antara satu sama lain sepanjang penggambaran.

    Selain Zhen, Anak-Anak Mafia turut dibintangi Mierul Aiman, Fitri Farok, Fariz Isqanda dan Scha Elinnea.

    MENARIK:  [VIDEO] Bonda Rozita Nafi Dakwaan Tak Bayar Kontraktor Rumah Mewah Di London – ‘Saya Tak Pernah Lari’

    Drama 10 episod arahan Suhaimi Zulkefli itu akan mula ditayangkan pada 12 Jun ini di Tonton.

    The post Zhen Ning Berlatih Depan Cermin Supaya Lidah Tak Kaku Cakap Melayu first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.