Perkongsian di Instagram pelakon sensasi, Zarina Anjoulie menuai perhatian ramai apabila dia memuat naik video bersama seorang individu yang dikenali sebagai Hot Daddy.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Korang Dah Hilang Iman Ke?’ – Ustaz Adnin Sedih Orang Melayu Layan ‘Hot Daddy’ Seperti Selebriti
Jumpa Hot Daddy?

Menerusi hantaran tersebut, Zarina atau lebih mesra disapa Anju kelihatan rancak berbual dengan beberapa wanita di dapur sambil memperkenalkan mereka satu persatu.
Dalam suasana santai itu, Anju sempat berseloroh mengenai kemahirannya di dapur.
Hari ini kita masak-masak. Mereka masak sedap-sedap. Saya kena belajar dengan mereka macam mana nak masak. Saya hanya pandai buat salad sahaja.
Apa yang menarik perhatian adalah kemunculan Hot Daddy dalam video tersebut, yang sebelum ini pernah menjadi buruan polis atas dakwaan terbabit dalam aktiviti persundalan serta penjualan rakaman video lucah.
Begitu pun, setakat ini tidak dapat dipastikan tujuan sebenar pertemuan Anju dengan individu tersebut bersama beberapa wanita lain.
Namun, didakwa Hot Daddy kini menetap di luar negara bersama rakan-rakan wanitanya.
Terdahulu, Hot Daddy pernah dituduh pada tahun 2024 atas kesalahan mengiklankan perkhidmatan persundalan di platform media sosial X dan menjual rakaman video tidak bermoral.
Bagaimanapun, pada Disember 2024, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Hot Daddy dan dua rakannya berhubung kes tersebut.
Sumber: Instagram
The post Zarina Anjoulie Jumpa Hot Daddy, Netizen Tanya – ‘Mereka Buat Apa?’ first appeared on OHBULAN!.