26.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Zarina Anjoulie Berjanji Memberikan Khidmat Terbaik Sebagai DJ Radio Bagi Pendengar Janda Sendu

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Zarina Anjoulie

    Tindakan pelakon sensasi, Zarina Anjoulie meninggalkan komen pada sebuah hantaran video memaparkan Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG), Datuk Dr. Mohd Aminuddin sedang memberi ucapan telah mencuri perhatian netizen.

    Anju nak jadi DJ?

    Zarina Anjoulie

    Pada video tersebut, Aminuddin menyifatkan prestasi penyampai radio DJ Lin sangat baik dan tiada sebab untuk dia diberhentikan meskipun mendapat gesaan ramai pihak baru-baru ini.

    Bagaimanapun, apa yang mencuit hati adalah komen yang ditinggalkan Zarina atau mesra dengan sapaan Anju pada hantaran berkenaan.

    Anju secara berseloroh mengatakan pihak SMRG boleh mengambilnya bekerja sebagai penyampai di stesen Suria FM dan berjanji akan memberikan khidmat yang terbaik.

    Ambil aku je lah jadi dj radio. Aku ni dah la janda sendu, miskin pula tu. Insya-Allah aku akan berikan (khidmat) yang terbaik.

    Komen berkenaan kemudian menarik perhatian wargamaya yang rata-ratanya terhibur dengan kata-kata aktres berusia 38 tahun itu.

    MENARIK:  Ruhainies Kongsi Foto Bunga Ros Merah, Dakwa Ada Pendedahan Tidak Sah Disebarkan

    Semalam, sebuah sidang media khas telah diadakan susulan beberapa kontroversi yang melanda stesen radio Suria FM membabitkan penyampai radio, Tyzo Xander dan DJ Lin.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.