Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel, memberitahu isterinya, Wawa Zainal, terpaksa dimasukkan ke hospital pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aeril Zafrel & Wawa Zainal Hadiahkan ‘Chiller’ Kepada Haura, Sokong Minat Anak Jadi ‘Baker’
Artikel Berkaitan: ‘Agak-Agak Diterima Tak?’ – Aeril Zafrel ‘Cuba Nasib’ Jadi Ahli ‘Old Money’, Netizen Terhibur Gaya Seluar Ikat Di Bahu
Masuk hospital

Menurut Aeril, 37, Wawa mengalami gastrik yang agak teruk sehinggakan tidak dapat berjalan.
Kata pemilik nama Suhairil Sunari, pada awalnya Wawa enggan ke hospital namun dipaksa jua untuk menerima rawatan.
Wawa sebenarnya kena gastrik semalam. Dia pergi ambil injection dan kena tahan dekat wad.
Dia memang gastrik teruk, sampai tahap tidak boleh berjalan.
Sebenarnya dia degil tak nak pergi ke hospital tetapi saya cakap kalau awak tak nak pergi nanti kita susah dan akan kacau semua perancangan.
Dia gastrik kerana suka minum air panas walaupun doktor dah nasihatkan tapi dia degil juga. Dia masuk wad satu hari sahaja, hari ini sudah keluar.
Aeril berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis sidang media Pelancaran Komik Kolaborasi Under18 x Klepet di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL) pada Ahad.
Dalam perkembangan lain, Aeril turut mengumumkan penglibatannya sebagai penerbit eksekytif filem komikal berjudul klepet yang menyaksikan kolaborasinya bersama komik under 18 terbitan Kadokawa Gempak Starz.
Menurut Aeril, filem tersebut turut mendapat kerjasama studio ‘Respected Citizen yang menyaksikan gabungan dunia komik dan filem dalam satu naskhah sama.
Filem tersebut dibarisi pelakon hebat seperti Aedy Ashraf, Nadhir Nasar dan Meerqeen yang diarahkan oleh Indra Putra serta dijangka bakal ditayangkan hujung tahun ini.
The post Wawa Zainal Diserang Gastrik Teruk first appeared on OHBULAN!.