Rententan kontroversi yang berlanjutan, ramai warganet mula bertindak untuk tidak lagi mengukuti usahawan piza, Jofliam di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jofliam Cetus Kemarahan Kaum Ibu, Perlekeh Cik Epal Bersalin Guna Epidural & Sifatkan Sebagai ‘Cheatcode’
Artikel Berkaitan: Dewi Dedah Kurang Fasih Bahasa Melayu – ‘Lepas Ini Minta Jofliam Ajar Bagi Power’
Ramai yang boikot
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, rata-rata ramai warganet turut bertindak menyekat dan melaporkan akaun Instagram milik Jofliam.
I’m done. Dah report dan block, saya dah tak kuasa nak tengok dia merentan.
Biarkan, lepas tu biar fake followers dia support piza dan tiramisu.
Semua plan nak block dan unfollow dia ramai-ramai ke? Kebetulan saya pun unfollow sebab meluat, malas nak tengok dia.
Masa dia buat hal terus unfollow dia.
Selain itu, terdapat juga segelintir individu yang tidak lagi mahu menyokong perniagaannya.
Kalau tak suka dia terus block dan jangan support dia dah.
Beli followers?

Dalam pada itu, terdapat segelintir warganet yang turut mendakwa Jofliam membeli followers (pengikut) di platform berkenaan susulan ada beberapa akaun yang mencurigakan.
Bot yang banyaknya, serius semua muka AI.
Dia beli followers, saya tengok semua akaun baru.
Nanti beli followers baru, semua muka AI.
Sumber: Threads
The post Warganet Mula Unfollow & Block Jofliam Di Instagram first appeared on OHBULAN!.