33.2 C
Kuala Lumpur
Friday, August 1, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Wany Kayrie Muncul Dengan EP Sulung ‘W2K’ & Lancar Single’Biarkan’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Penyanyi muda penuh bakat dan karisma, Wani Kayrie, melakar satu lagi detik penting dalam kerjaya seninya menerusi pelancaran EP sulung berjudul W2K.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wani Kayrie Tumpang Bahagia Melihat Kehidupan Bella Astillah – ‘Saya Tahu Apa Yang Dia Lalui’

    Artikel Berkaitan: Wani Kayrie Berterima Kasih Pada Afieq Shazwan & Adik Teman Pergi Hospital

    Konsep W2K

    View this post on Instagram

    A post shared by Wani Kayrie (@wanikayrie)

    Selepas bertahun-tahun meniti perjalanan seni, Wani akhirnya menzahirkan impiannya menerusi EP pertama, hasil dorongan ramai yang tidak pernah berhenti menyokong dan percaya kepada bakatnya.

    Akhirnya setelah sekian lama, saya dapat hadiahkan album mini ini kepada semua yang setia menanti. Ini adalah antara momen paling bermakna buat saya.

    Saya terharu, teruja dan sangat bersyukur lebih-lebih lagi kerana permintaan album ini datang dari peminat, keluarga dan rakan-rakan yang percaya kepada bakat saya.

    Tambahnya lagi, konsep W2K juga selari dengan trend semasa anak muda yang cenderung kepada elemen gaya hidup Y2K termasuk dari segi fesyen, muzik dan juga ekspresi diri.

    Saya lahir tahun 2000, jadi nama W2K itu bukan sahaja simbolik kepada tahun kelahiran saya, tetapi juga mewakili sisi baharu saya sebagai penyanyi. Lagu-lagu dalam EP ini semuanya berbeza, tiada vibe yang sama, jadi ia menunjukkan kepelbagaian muzik saya.

    Saya mahu EP ini relevan, trendy dan dekat dengan jiwa generasi saya.

    W2K menghimpunkan lima buah trek, iaitu Cak Cak Cekuk, Serius Ah, Aiman Tino, Matahari dan Biarkan.

    Setiap satu lagu tersebut dihasilkan bersama barisan komposer dan penulis lirik hebat tempatan seperti Iqie Hugh, Hanis Rafi, Omar K, Shazriq Azeman, MFMF, Ezra Kong, Shane Kennedy, Karim Karam dan ramai lagi.

    Gabungan nama-nama besar ini menjadikan W2K sebuah karya yang merangkumi pelbagai genre, emosi dan energi yang menyegarkan.

    MENARIK:  Syamsul Yusof Enggan Hadir, Mahkamah Menolak Permohonan Lanjutkan Perintah Injunksi

    Single baru

    Selain EP, karya bernuansa balada meruntun jiwa tentang kisah cinta yang tidak kesampaian berjudul Biarkan turut dilancarkan serentak.

    Lagu ini tentang melepaskan sesuatu yang tidak lagi baik untuk kita walaupun masih ada perasaan sayang itu. Kadang-kadang, ‘biarkan’ adalah cara yang terbaik untuk kita sembuh.

    Dalam pada itu, Wani turut menitipkan nasihat kepada semua peminat dan anak muda yang punya impian.

    Saya harap W2K bukan sekadar hiburan, tetapi menjadi inspirasi.

    Kalau saya boleh capai impian ini, anda pun boleh. Jangan takut untuk mencipta ruang sendiri dalam hidup anda. Percaya dan teruskan

    EP W2K dan single Biarkan terbitan Rocketfuel Entertainment kini boleh didapati di semua platform penstriman digital utama seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music dan banyak lagi bermula 25 Julai 2025.

    The post Wany Kayrie Muncul Dengan EP Sulung ‘W2K’ & Lancar Single’Biarkan’ first appeared on OHBULAN!.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.